Mengikuti Kelas Belajar Menggunakan Internet dan Komputer | |
NAMA | NUR FATIHAH BINTI NGAH |
UMUR | 37 TAHUN |
TAHUN MENJADI AHLI NADI | NOVEMBER 2018 |
Latar belakang Beliau merupakan seorang Jururawat Klinik Desa yang sangat aktif berkunjung ke NADI untuk memanfaat kemudahan atau fasiliti yang sedia ada di NADI. Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI Sebelum penglibatannya di NADI, Pn Fatihah memerlukan perkhidmatan ataupon bantuan orang luar atau petugas NADI untuk membuat kertas kerja , dan menggunakan internet untuk memasukkan data kerja di dalam website HRMIS dan sebagainya yang di tugaskan kepada beliau. Pada permulaan beliau hadir ke NADI, beliau sangat kekok untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Beliau merasa takut untuk menggunakan kerana risau akan merosakkannya jika tersalah guna. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di NADI Kg Cherating, Pn Fatihah telah menunjukkan peningkatan beliau menguasai pengunaan komputer di mana beliau boleh menghasilkan setiap tugas beliau dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan dari sesiapa. Perasaan takut beliau untuk menggunakan perkakasan komputer dapat di atasi dengan tunjuk ajar petugas. Kini beliau lebih yakin untuk menggunakannya tanpa was-was. |