Mengikuti Kelas Belajar Menggunakan Internet dan Menggunakan Microsoft Word | |
NAMA | AZIZAH BINTI MOHAMAD NASIR |
UMUR | 45 TAHUN |
TAHUN MENJADI AHLI NADI | NOVEMBER 2023 |
Latar belakang Beliau merupakan seorang Pemilik Kantin Sekolah dan Tukang Masak yang yang sangat aktif berkunjung ke NADI untuk memanfaat kemudahan atau fasiliti yang sedia ada di NADI. Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI Sebelum penglibatannya di NADI, Pn Azizah memerlukan perkhidmatan ataupon bantuan orang luar atau petugas NADI untuk membuat kertas kerja , dan menggunakan internet untuk memasukkan data ataupon membuat invoice bagi Menu di kantin Sekolah. Pada permulaan beliau hadir ke NADI, beliau sangat kekok untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Beliau merasa takut untuk menggunakan kerana risau akan merosakkannya jika tersalah guna. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di NADI Kg Cherating, Pn Azizah telah menunjukkan peningkatan beliau menguasai pengunaan komputer di mana beliau boleh menghasilkan setiap tugas beliau dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan dari sesiapa. Perasaan takut beliau untuk menggunakan perkakasan komputer dapat di atasi dengan tunjuk ajar petugas. Kini beliau lebih yakin untuk menggunakannya tanpa was-was. |