Kisah Kejayaan

Celik ICT Q4 2024 : AMIN HAFEEZ IMAN

23 December 2024

Mengikuti Kelas Belajar Menggunakan Internet dan Menggunakan Microsoft Word
NAMAAMIN HAFEES IMAN
UMUR12 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI NADIJANUARI 2023
Latar belakang
Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 beradik  dan sangat aktif berkunjung ke NADI untuk memanfaat kemudahan atau fasiliti yang sedia ada di NADI.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum penglibatannya di NADI,  Amin   memerlukan perkhidmatan ataupon bantuan orang luar atau petugas NADI untuk membuat kerja sekolah  . Pada permulaan beliau hadir ke NADI, beliau sangat kekok untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Beliau merasa takut untuk menggunakan kerana risau akan merosakkannya jika tersalah guna.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di NADI Kg Cherating, Amin  telah menunjukkan peningkatan beliau menguasai pengunaan komputer di mana beliau boleh menghasilkan setiap tugas beliau dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan dari sesiapa. Perasaan takut beliau untuk menggunakan perkakasan komputer dapat di atasi dengan tunjuk ajar petugas. Kini beliau lebih yakin untuk menggunakannya tanpa was-was.